Monday, February 16, 2009

TIPS UNTUK KALI PERTAMA

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun anda pasti akan merasa tegang atau gementar..

2. Dia akan mendekat dan menanyakan apakah anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukkan ‘perkakas’-nya. Mungkin suhu badan anda akan meningkat. Tapi tenangkan diri saja, dia akan melakukannya dengan gentle..

4. Dia akan memandang mata anda dalam-dalam, dan meminta anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah punya banyak pengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat anda sedikit rileks, dan dia akan meminta anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tidak mau terburu-buru. Dia tidak ingin anda kesakitan.

6. Dia juga akan menanyakan kalau-kalau anda merasa sakit. Meskipun berlinangan air mata, tetaplah gelengkan kepala anda, dan minta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin anda juga akan merasa sedikit kebas dan ngilu.

7. Setelah beberapa saat, anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik ‘perkakas’-nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya anda.

8. Tersenyumlah, kerana bagaimanapun, ini adalah pengalaman pertama anda.

Itu lah tips untuk cabut gigi pertama kali !!!

Thursday, February 12, 2009

JELINGAN MANJE BAPAK AKU

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

KARANGAN UPSR (DARJAH 6 MATAHARI)

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.


Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.


Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.


Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.


Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.


Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.


Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


*Tamat*


P/S : aku tak tahu ler na buat aper kalo dapat anak murid yang bangang macam ni kalo aku dah keluar mengajar

Wednesday, February 11, 2009

RILEK RILEK DULU

PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah.
Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya
seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya
yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu
Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab >kau berhenti ni hah"

"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.
Takkan nak kayuh jugak."

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,

Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

PART III

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek
di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


PART IV

Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe: Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

MINTAK MINTAK LER BILAER AKU DAH KUAR JADIK CIKGU KANG X DAPAT ANAK MURID YANG MANGKUK MACAM NIH KALO TAK HILANG SEMUA KESABARAN DALAM DIRIKU INI

NILAI SAHABAT

kepada memeber member aku yang aku gelar sahabat semlama ini dan yang pernah aku anggap sahabat aku ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua.terutamanyer kat muammad syafiq bin adnan yang pernah jadik best friend ake selama 9 tahun, aminuddin gappar, zawawi,suhaimi, (tenik pontian) amirul,hazani farik, ashrof,wan,amin,amier, zul, (memember baik aku kat form 6) nash,munim roy and man (memember baik aku kat ukm .thanks guys for the friendshipness we built and i am sorry for some of you that we cannot be bestfriends anymore but i just want you to know that i really miss our friendship and finally i came out with the idea to say this to you : i am sorry guys
Dalam dunia ni aku tak punyer sesiapa,
Kecuali diri aku sendiri..
Tapi dalam aku bersendirian, aku beruntung kerana
Aku mempunyai seorang kawan a.k.a sahabat yang memahami aku (thanks bro)…
Macam maner aku mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tapi aku sering lupa akan bende tu.
Mengambil kira tentang harapan dan perasaan aku.
Aku rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Aku tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaan.
Bagi aku, itu semua lasan, propa x leh pakai punye untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Aku juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana aku juga ada janji yg tidak ditepati.

Aku bagi beribu alasan memaksa dia terima alasan aku
Waktu itu, terfikir ke aku perasaan dia…?
Seperti aku, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi aku sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan aku, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga aku luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya aku terlalu asyik menceritakan tentang diri aku hingga
Kadang-kadang aku terlupa sahabat aku juga ada cerita yg nak dikongsi bersama
Pernah kah aku memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah aku menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan aku.
Ikhlaskah aku mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah aku menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia memberi semangat setiap kali Aku rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah aku yakinkan dia yg aku boleh dipercayai, aku boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah aku jadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Aku kini terpikir
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah akulah sahabatnya itu.
Aku selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang aku sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Mungkin aku tidak tahu…
Tetapi. jika aku akan cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin aku
akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

Tuesday, February 10, 2009

STARDUST


korang dah tengok lom citer STARDUST ni. aku x nak cakap banayk ler, tapi aku cumer nak bagitau n nak ingatkan lebih baik korang tengok citer ni.citer ni mmg masterpiece.pepehal meh aku cerita sikit per yang aku dapat lepas aku tgk movie yang best giler nih

aku tengok citer ni sensorang dalam bilik kalo korang nak tau aku tgk citer ni sensorang kat dalam bilik.bukan aper aku kalo tgk movie dalam laptop mmg suker tgk sensorang sebab nak amik feeling and mood sesebuah movie tuh. pastuh baru ler aku boleh nilai sesebuah cerita tuh.lelagi cerita love story mcm ni kan

dalam citer ni aku memang respect kat lelaki tu a.k.a hero tuh.dia mmg jatuh hati kat seorang pompuan yang memang cantiknyer tak dinafikan ler.mmg cair aku tgk. tapi ponpuan ni satu dia dah ader pakwe pastuh dia g layan mamat ni dgn memberikan harapan.so hero ni dah ler serba kekurangan kalo nak di bandingkan ngn pakwe dia tuh. pakwe dia mmg x dinafikan ler mmg hensem kaya n pandai main senjata tapi aku x cair pon sebab dia jantan kan.

aper yang aku dapat relate sikit kat dunia realiti pasal kes pertama di atas tuh..mender ni banyak jadik kat memember aku n termasukler aku sekali kowt huhuhu. yer r kalo pompuan tuh lawo mmg ler ramai lelaki nak kenal yer tak? tapi kalo dah ader pakwer jangan ler bagi harapan kat lelaki lain. aku terpikir x kesian ker kat pakwe yang dah memberi sepenuh hati dia kat pompuan yang dia masyuk jatuh cintan tuh. hargai ler aper yang korang ader..susah sgt ker

pastu sampai satu maser biler tgh date nih terjatuhler taik bintang and maser tgh bersama berdating diorang wishler. pastu lelaki tuh pon janji nak carik bintang tuh sebagai hadiah hari jadik pompuan tuh.sebab atas dasar cinta esoknyer gak lelaki tuh gi carik taik bintang tuh..

korang nampak tak? lelaki kalo pasal perempuan aper pon diorang sanggup buat walaupon kengkadang perkara tuh sgt mustahil..ini memang realiti.biler aku tgk memember aku yang tgh hangat bercinta memacam diorang sanggup buat walaupon benda tuh mmg menyusahkan diri sendiri.tapi sayang x ramai pompuan sedar bender nih..n yang labih teruk biler dikaitkan dalam citer nih pompuan pulak amik kesempatan atas kejujuran lelaki nih

so lepas tuh bermulaler pengembaraan mencari tahi bintang tuh.rupernyer taik bintang tuh adalah seorang pompuan yang memang cun melecun punyer

pastuh dia nak bawak ler pompuan ni balik g bagi kat gurl yang dia suker tuh sebagai hadiah birthday dia. tapi dalam nak bawak awek ni balik macam macam halangan and rintangan. sebabnyer bukan dia sajer yang memburu taik bintang nih.tapi ader sorang ahli sihir pon memang nak amik hati pompuan ni sebab nak jadi hidup abadi

biler relate dalam hidup sebenar pulak aku terpikir. memang banyak halangan dalam mendapat cinta yang sejati. dan macam maner kiter nak menilai kesejatian cinta tuh pulak bergantung pada halangan dan cabaran dalam percintaan tuh. tapi zaman sekarang ni wujud lagi ker perkataan cinta sejati.cinta nafsu banyak kot. kebanyakan orang zaman sekarang terutamanyer melayu bercinta sebab atas dasar nafsu. lepas korang dah buat projek sesamer pastuh dah xder pe yang tinggal n hati dah muler bosan dengan komitment korang blah..maner nilai sebuah cinta tuh pergi.sayang memnag sayang kalo sesiapa yang menyedari nilai sebuah cinta sejati tuh.ia lebih hebat dari hanya sekadar nafsu tuh jer


ok balik semula kat cerita tadi.si taik bintang ni kener ler buru ngn ahli sihir tuh.samapi ler satu maser diorang tercampak kat atas awan tuh n kener tangkap ngn kapten kapal udara kowt. muler2 tgk memang dapat tahu kapten ni pon nak bunuh diorang nih.tapi yang menjadikkan cerita nih lebih menarik ialah biler captain ni cumer macho depan krew kapal dia ajer biler dalam bilik captain ni ader dua identiti yang sangat menarik biler dia sebenarnyer suker pakai baju pompuan n mempunyai hati cam pompuan.senang cakap serba serbi ala2 pompuan ler.

relate tuh real life pasal mender ni aku dapat belajar satu perkara.x semua lelaki macho kat luar tuh str8 weh.kat UKM ni sendiri ramai yang nampak jer macho tapi GAY hahaah.aku x nak hina ler tak baik diorang tuh manusia gak kan. mender ni dah jadik lumrah dalam hidup dah.cumer masalahnyer adakah masyarakat nak terima atau tidak.tapi bagi aku,aku x kesah pon sebab itu adalah hal diorang.aper yang diorang nak dalam hidop ni terpulang ler.diorang samer gak cam kiter and ader yang lebih baik dari kiter.cumer orientasi jer yang membezakan dia and kita yer tak. dan satu perkara yang aku belajar ialah cinta ni universal. x tertakluk hanya pada terma dan syarat.

sambung cerita balik.dalam menempuh pelbagai cabaran ni c bintang tuh jatuh ler cinta kat lelaki ni. and malangnyer c lelaki ni tak sedar yang c bintang ni ader hati kat dia


tgk punyer bagus kaum lelaki biler bercinta x inggat dunia.samapi ader orang minat pon x sedar
bile relate kat dunoa realiti ni mmg jelas ler.lelaki ni mmg suker berkawan,walau rapat macam maner pon dia berkawan ngn seseorang tuh biler dia dah ader awek.sebenarnyaer hati dia mmg kat aweks tuh,tapi pompuan ni mmg leceh jeles x bertempat pastuh tuduh macam macam.pastuh kater curang ler tak jujur ler.biler jadik hal macam ni senang jer, kaum lelaki x suker perkara yang melecehkan.maka putusler ..

next biler pompuan ni kener tangkap ngn ahli sihir tuh mmg syok biler diorang lawan
bab ni mmg x der komen ler kan cumer aku teringat kalo dah namer cinta orang lelaki sanggup perjuangkan aper yang dia ader demi menjaga nama cinta tuh sendiri.walaupon lelaki ni serba kekurangan kalo nak dibandingkan ngn ahli sihir tuh.dia tetap lawan atas nama cinta..perghhh memang kencang ler orang kater cinta ni

pas lawan lawan tuh pon menang lelewan pon dia menang,tapi mase diorang lawan tuh mmg best ler.ader unsur action,lawak and kelakar huhuh.korang kalo nak rase penaglaman cerita cinta terhebat abad ni korang tengok ler sendiri,aper yang jelas akhirnya lelaki tuh pilih bintang tuh dan memutuskan hubungan dengan awek yang dia minat tuh.maser ni baru dia nampak yang dia selama ni diperbodohkan jer ngn awek tuh. aper yang aku rase maser aku tgk part nih aku sedar aper yang kita nak x semestinyer aper yang kiter perlukan. x semestinyer aper yang kiter nampak itu indah dan itulah aper yang kiter perlukan.kan

so korang tgk ler sendiri and nilai sendiri nilai cinta yang ader dalam diri korang tuh yeah!

















THE SCRIPT - We Cry



Together we cry…
Together we cry…

Jenny was a poor girl
Living in a rich world
Named her baby Hope when she was just fourteen
She was hoping for a better world
For this little girl
But the apple doesn’t fall too far from the tree

Well she gets that call
Hope’s too far gone
Her baby’s on the way
But nothing left inside
Together we cry!

What about the junk head
Could have gone the whole way
Lighting up the stage trying to get a deal
Now he’s lighting up the wrong way
“Something for the pain!”
Man you wanna see this kid he was so f@#kin’ unreal
When he gets that call
He’s too far gone
To get it together to sing one song
They won’t hear tonight
The words of a lullaby

Together we cry
Yeah, yeah, yeah
Together we cry…
Whoah oh whoah oh whoah
Together we cry
Oh we cry we cry we cry
Together we cry
Oh we cry we cry
Whoah oh whoah oh whoah

Oh…Mary’s ambitious
She wanna to be a politician
She been dreaming about it since she was a girl
She thought that she’d be the one to change the world
Always trying to pave the way for women in a…man’s world
But life happened, house, kids, 2 cars, husband hits the jar, cheques that don’t go very far now
Now she in it can’t change it, she keeps her mind on her wages
The only rattling cages!

Together we cry
Together we cry

There comes a time when every bird has to fly
At some point every rose has to die
It’s hard to let your children go
Leave home
Where they go?
Who knows!
Getting drunk
Getting stoned
All alone
Teach a man to fish
You’ll feed him never lie
You show your kids the truth
Hope they never lie
Instead of reading in a letter that they’ve gone to something better
“Bet your sorry now! I won’t be coming home tonight”

I’m sick of looking for those heroes in the sky
To teach us how to fly
Together we cry!

Together we cry
Together we cry


aku nak komen sikit ler pasal lagu ni.mungkin lagu ni bukan genre korang tapi kalo aku dgr sesebuah lagu tuh ku tak tgk pada siapa artis dia.aku cume carik aper maksud sesebuah lagu tuh and macam maner sesebuah band atau seseorang penyanyi tu menyampaikan lagu tuh sendiri

tapi lagu ni mmg lain. korang pernah tak terpikir maser kecik kecik dulu korang selalu bercita cita nak jadi seorang manusia yang berguna nak membantu orang susah and nak jadik macam superhero kononnyer.

tapi pada hakikatnyer biler kiter sumer dah besar semua aper yang kiter rancang kadang kadang x menjadik.yang lebih teruk lagi kiter jadik orang yang sebaliknyer.

pernah tak korang pikir maser kecik2 dulu biler tengok sekumpulan manusia ramai2 lepak kat tembok2.lepak cam mat motor selalu buat tuh benda yang buang maser n korang mesti pikir yang diaorang tuh jahat nauzubillah punyer

tapi sedar x sedar biler dah besor bender tuh ler yang korang buat and suker buat.alasannyer konon konon best dapat bual ngn kengkawan. tapi biler dah ramai kengkwan tukar2 cerita,borak borak jadik kotor. citer banyak bender lucah yang diborakkan.pastuh biler member muler ajak buat mender jahat korang pon ikut buat.macam best ler konon sebab dapat buat bender yang cam orang besar.

maner pergi impian n cite2 kiter yang maser kiter waktuh kecik impikan eak.adakah ni salah kiter sebab bodaoh x mau belajor ataupon salah takdir yang menjadikkan kiter seperti tuh

tuh ler biler aku dgr lagu ni aku baru teringat kat cita cita aku yang lama.kenaper aku dah berubah jadik orang yang aku x nak jadik.buat mender mender x berpaedah.lepak saner sini.join budak motor..dengki and pukul budak..nganjing orang.keji orang lain..ya allah per ler nak jadik ngn aku nih.pernah aku masok lokap atas sebab yang tidak boleh didedahkan

maner cite2 and impian yang aku bina dulu?
maner pergi eak?


Monday, February 9, 2009

KUCING + JANTAN = LELAKI ?

1) Kucing jantan suka dibelai.

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur

Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa ah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).