Saturday, April 18, 2009

POKOK epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokokepal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik sertamemakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat laluterlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitumenyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budaktersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorangremaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datangkepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganengkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambahbudak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yangada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapatmembeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu danpergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itumerasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkanwang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untukkeluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokokepal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagiselepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main denganpokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang sukabermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-citauntuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kaumenolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau bolehmemotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayardengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Diakemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagiselepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yangpernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Akusudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yanghampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untukmemakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untukmemotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR
TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.
SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.

BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.

KETIKA KITA
MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.KITA TINGGALKAN MEREKA,
DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA

KITA DI DALAM KESUSAHAN.

NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN

MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP

POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH,
ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA
KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA
MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN

2 comments:

Amanda Chung said...

ken tageed...sila ke blog i....

Mun'im said...

anda ditag..lek2 dah wat..=P