Wednesday, February 11, 2009

NILAI SAHABAT

kepada memeber member aku yang aku gelar sahabat semlama ini dan yang pernah aku anggap sahabat aku ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua.terutamanyer kat muammad syafiq bin adnan yang pernah jadik best friend ake selama 9 tahun, aminuddin gappar, zawawi,suhaimi, (tenik pontian) amirul,hazani farik, ashrof,wan,amin,amier, zul, (memember baik aku kat form 6) nash,munim roy and man (memember baik aku kat ukm .thanks guys for the friendshipness we built and i am sorry for some of you that we cannot be bestfriends anymore but i just want you to know that i really miss our friendship and finally i came out with the idea to say this to you : i am sorry guys
Dalam dunia ni aku tak punyer sesiapa,
Kecuali diri aku sendiri..
Tapi dalam aku bersendirian, aku beruntung kerana
Aku mempunyai seorang kawan a.k.a sahabat yang memahami aku (thanks bro)…
Macam maner aku mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tapi aku sering lupa akan bende tu.
Mengambil kira tentang harapan dan perasaan aku.
Aku rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Aku tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaan.
Bagi aku, itu semua lasan, propa x leh pakai punye untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Aku juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana aku juga ada janji yg tidak ditepati.

Aku bagi beribu alasan memaksa dia terima alasan aku
Waktu itu, terfikir ke aku perasaan dia…?
Seperti aku, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi aku sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan aku, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga aku luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya aku terlalu asyik menceritakan tentang diri aku hingga
Kadang-kadang aku terlupa sahabat aku juga ada cerita yg nak dikongsi bersama
Pernah kah aku memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah aku menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan aku.
Ikhlaskah aku mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah aku menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia memberi semangat setiap kali Aku rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah aku yakinkan dia yg aku boleh dipercayai, aku boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah aku jadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Aku kini terpikir
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah akulah sahabatnya itu.
Aku selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang aku sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Mungkin aku tidak tahu…
Tetapi. jika aku akan cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin aku
akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…

0 comments: